Majlis Jerayawara Kerjaya Kluster 4 telah diadakan di Sekolah Menengah Tanjong Maya Tutong selama 2 hari iaitu pada 26 dan 27 Jun 2012. Jerayawara ini telah dirasmikan oleh Tetamu Kehormat iaitu Yang Mulia Awang Abd Amin bin Haji Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi. Jerayawara in adalah dikhususkan bagi para pelajar Tahun 10 yang terpilih dalam PSP (Potential Students Programme). Adapun salah satu matlamat Jerayawara ini diadakan adalah untuk memberikan maklumat kepada pelajar mengenai peluang-peluang pekerjaan dan kelayakan-kelayakan yang diperlukan berdasarkan minat dan pencapaian akademik para pelajar.
Sebanyak sepuluh buah agensi kerajaan dan swasta, turut hadir memberikan taklimat dan menyediakan pameran-pameran yang dihasratkan untuk memberikan kesedaran, meningkatkan semangat, motivasi dan mengubah ‘mind set’ pelajar untuk berusaha mencapai tahap prestasi pembelajaran yang lebih baik dengan adanya gambaran hala tuju kerjaya yang dihasratkan. Selain itu Jerayawara ini juga membantu para pelajar mengetahui hala tuju dan matlamat mereka khususnya setelah menamatkan peperiksaan BGCE ‘O’ level nanti.
Di antara agensi-agensi yang hadir ialah agensi daripada Jabatan Perancangan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Kolej Kemuda, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara, Jabatan Pesuruhjaya Polis Di Raja Brunei, Sekolah Latihan Mekanik, IGS Kolej, Sekolah Vokasional Wasan, Pertubuhan Ukur Jurutera dan Arkitek dan Kolej Cosmopolitan.